Perutusan Pengerusi



          
Assalamualaikum wbt. dan Selamat Sejahtera,
Ahli Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor/Rektor Akademik Universiti Awam (JKTNCRA) yang dihormati,
 
Selamat datang ke Portal Rasmi Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor/Rektor Akademik atau JKTNCRA.
 
Portal ini telah mula dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Universiti Malaya (UM) pada Januari 2017 semasa UM mengambilalih fungsi Urusetia JKTNCRA dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk membantu pihak Sekretariat JKTNCRA UM dan ahli JKTNCRA mengendalikan semua urusan mesyuarat dan aktiviti JKTNCRA dengan efektif dan sistematik.
 
Dengan mengambilkira UM telah mengambilalih semula fungsi Urusetia JKTNCRA pada Oktober 2020 daripada pihak UiTM, Sekretariat JKTNCRA UM telah mengambil inisiatif menaiktaraf portal ini dari semasa ke semasa bagi menyediakan akses dan kemudahan kepada semua ahli JKTNCRA agar ia dapat digunakan dengan lebih efektif dan mesra pengguna untuk memudahkan pencarian dan rujukan dokumen mesyuarat JKTNCRA yang berkaitan.  
 
Sebagai rekod, pembangunan portal ini adalah menggunakan asas sistem e-pembelajaran bagi melambangkan kaedah baharu mod pengajaran dan pembelajaran secara atas talian yang merupakan salah satu tanggungjawab teras semua ahli JKTNCR(A&A) di Malaysia kini.
 
Sebagai Urusetia JKTNCRA, UM akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk penyelenggaraan portal ini sepanjang tempoh pelantikan Pengerusi JKTNCRA berkuatkuasa 16 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2021.
 
Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan daripada ahli JKTNCRA supaya portal ini sentiasa dapat diperbaiki dan mencapai objektifnya dalam pengendalian urusan dan aktiviti JKTNCRA ini.
 
 
Sekian. Terima kasih.
 
 
PROFESOR DR. KAMILA GHAZALI
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Merangkap
Pengerusi, Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Rektor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Awam (JKTNCRA)
 
 
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Aras 9, Canseleri
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel: +603 7967 3203
Email: urusetia_jktncra@um.edu.my / tnc_aka@um.edu.my
Portal Rasmi: jktncra.um.edu.my




Last modified: Monday, 9 November 2020, 10:49 AM